SCM MUSIC

Monday, June 6, 2016

NOKTAH

Assalammualaikum,

Sempena pada bulan yg mulia ni, aku nak share something.
Seperti semua org tahu noktah adalah satu titik pengakhiran.
Sebelum kita pejamkan mata, kita mesti byk kan amalan kita ryte?
Untuk bekalan kita pada akhirat kelak.
Baru tadi aku tgk satu video ni.
Dari video tu, apa yg dia nak sampaikan ialah solat itu tiang agama.
Kerana perkara pertama yg akan ditny dlm kubur kelak adalah solat.
Kita puasa tp kita tak solat.
Apa maknanya tu?
Ibadat kita sah tp tak diterima. Allahu
Perumpamaan dlm video tu, dia bgtau mcm mana nak bina rumah kalau takda tiang?
Begitulah pentingnya solat dalam kehidupan seharian kita.
Bersyukur kita masih diberi peluang untuk tambah amalan.
Tp adakah kita gunakan peluang itu walhal peluang tu ada depan mata.
Aku sendiri pun kekadang lebihkan pentingkan urusan dunia.
Solat pun kekadang akhir waktu, mashaa Allah byk benda yg masih aku kena betulkan dan perbaiki diri.


Ok! itu perkara pertama.
Now aku nak share perkara yg kedua.
Semua org tahu pada bulan ramadhan ni syaitan diikat kan?
Tp kenapa maksiat masih berlaku?
Kenapa kejahatan masih berleluasa even dlm bulan puasa?
hahhh boleh baca link di atas.
Ada info mengenai "syaitan diikat" ni.

Moga bermanfaat :)
# Semoga titik noktah kita di dunia ini berakhir dlm keadaan yg beriman

Salam Ramadhan


Assalammualaikum,
salam ramadhan buat semua umat Islam.
Semoga amalan kita makin bertambah dan diberkati olehNya pada bulan yg mulia ni.
Aminn ~

Sedar tak sedar dah masuk ramadhan.
Cepat betul masa berlalu.
Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk bertemu dgn Ramadhan pada tahun ini.
Seronok dpt meyambut ramadhan dgn family tersayang :)
Even final exam dah dekat ni tp sempat lah lari kejap balik rumah.
Smlm pegi terawih dkt surau taman rumah aku ni.
Tahun ni imam dari pahang dan kelantan.
Mashaa Allah mudanya lahai dedua imam tu.
Rasa seronok dan bangga tgk diorg sbb dalam usia muda mcm tu dah smp ke tahap ni.
Act dulu aku pnh ckp dgn mama, aku nak cari suami dari sekolah pondok.
huhuhu
sbb dia boleh guide aku yg tak berapa nak betul ni.
Nak tau mama ckp pa? 
Hg igt depa tu nak ka kat hg? Auchh sakitnya tuh disini.
Betul juga en, haihh
Tp kalau semua nak cari yg baik2 je, sapa nak bimbing aku yg tak berapa baik ni?
Takpa, ajal maut jodoh pertemuan semua di tgn Allah
Sebaik baik perancang adalah Allah
Berdoalah semoga kita diberi jodoh yg baik.
Opss mcm lari dari tajuk je. hahaha 

Ok jom plan nak beli apa kat pasar ramadhan japg!
akulah org plg bertenaga kalau nk p pasar ramadhan.
Bila kat sana rasa mcm nak beli mcm2, bila dah berbuka minum air seteguk pun dah kenyang.
Selalunya masa berbuka aku dah melantak tak igt dunia.
Nak cuba ubah tahun ni. Makan yg ringan2 dulu kang pas solat terawih baru mkn berat sikit.
Kalau tak aku mengantuk masa nak solat tuu, teruk betul aku ni hahaha
Btw dah makin besar ni, rasa dia mcm dah lain.
Paling obvious sekali masa raya lah, masa kecik2 dulu feel dia lain tp bila masing2 dah besar ni tambah2 dgn teknologi zaman skrg ni membtkan aku tak rasa mcm apa aku rasa dulu.
Tak reti la nak luah dgn kata-kata apa yg aku rasa ni tp aku yakin korang pun rasa yg sama.
Tak kisah la semua tu, apa yg penting makin meningkat usia ni makin bertambah lah amalan.
Semoga Allah permudahkan ~

Salam ramadhan! Selamat berpuasa, berbuka, berterawih dan bersahur <3