SCM MUSIC

Monday, June 6, 2016

NOKTAH

Assalammualaikum,

Sempena pada bulan yg mulia ni, aku nak share something.
Seperti semua org tahu noktah adalah satu titik pengakhiran.
Sebelum kita pejamkan mata, kita mesti byk kan amalan kita ryte?
Untuk bekalan kita pada akhirat kelak.
Baru tadi aku tgk satu video ni.
Dari video tu, apa yg dia nak sampaikan ialah solat itu tiang agama.
Kerana perkara pertama yg akan ditny dlm kubur kelak adalah solat.
Kita puasa tp kita tak solat.
Apa maknanya tu?
Ibadat kita sah tp tak diterima. Allahu
Perumpamaan dlm video tu, dia bgtau mcm mana nak bina rumah kalau takda tiang?
Begitulah pentingnya solat dalam kehidupan seharian kita.
Bersyukur kita masih diberi peluang untuk tambah amalan.
Tp adakah kita gunakan peluang itu walhal peluang tu ada depan mata.
Aku sendiri pun kekadang lebihkan pentingkan urusan dunia.
Solat pun kekadang akhir waktu, mashaa Allah byk benda yg masih aku kena betulkan dan perbaiki diri.


Ok! itu perkara pertama.
Now aku nak share perkara yg kedua.
Semua org tahu pada bulan ramadhan ni syaitan diikat kan?
Tp kenapa maksiat masih berlaku?
Kenapa kejahatan masih berleluasa even dlm bulan puasa?
hahhh boleh baca link di atas.
Ada info mengenai "syaitan diikat" ni.

Moga bermanfaat :)
# Semoga titik noktah kita di dunia ini berakhir dlm keadaan yg beriman

Salam Ramadhan


Assalammualaikum,
salam ramadhan buat semua umat Islam.
Semoga amalan kita makin bertambah dan diberkati olehNya pada bulan yg mulia ni.
Aminn ~

Sedar tak sedar dah masuk ramadhan.
Cepat betul masa berlalu.
Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk bertemu dgn Ramadhan pada tahun ini.
Seronok dpt meyambut ramadhan dgn family tersayang :)
Even final exam dah dekat ni tp sempat lah lari kejap balik rumah.
Smlm pegi terawih dkt surau taman rumah aku ni.
Tahun ni imam dari pahang dan kelantan.
Mashaa Allah mudanya lahai dedua imam tu.
Rasa seronok dan bangga tgk diorg sbb dalam usia muda mcm tu dah smp ke tahap ni.
Act dulu aku pnh ckp dgn mama, aku nak cari suami dari sekolah pondok.
huhuhu
sbb dia boleh guide aku yg tak berapa nak betul ni.
Nak tau mama ckp pa? 
Hg igt depa tu nak ka kat hg? Auchh sakitnya tuh disini.
Betul juga en, haihh
Tp kalau semua nak cari yg baik2 je, sapa nak bimbing aku yg tak berapa baik ni?
Takpa, ajal maut jodoh pertemuan semua di tgn Allah
Sebaik baik perancang adalah Allah
Berdoalah semoga kita diberi jodoh yg baik.
Opss mcm lari dari tajuk je. hahaha 

Ok jom plan nak beli apa kat pasar ramadhan japg!
akulah org plg bertenaga kalau nk p pasar ramadhan.
Bila kat sana rasa mcm nak beli mcm2, bila dah berbuka minum air seteguk pun dah kenyang.
Selalunya masa berbuka aku dah melantak tak igt dunia.
Nak cuba ubah tahun ni. Makan yg ringan2 dulu kang pas solat terawih baru mkn berat sikit.
Kalau tak aku mengantuk masa nak solat tuu, teruk betul aku ni hahaha
Btw dah makin besar ni, rasa dia mcm dah lain.
Paling obvious sekali masa raya lah, masa kecik2 dulu feel dia lain tp bila masing2 dah besar ni tambah2 dgn teknologi zaman skrg ni membtkan aku tak rasa mcm apa aku rasa dulu.
Tak reti la nak luah dgn kata-kata apa yg aku rasa ni tp aku yakin korang pun rasa yg sama.
Tak kisah la semua tu, apa yg penting makin meningkat usia ni makin bertambah lah amalan.
Semoga Allah permudahkan ~

Salam ramadhan! Selamat berpuasa, berbuka, berterawih dan bersahur <3

Monday, May 30, 2016

SESAL

Assalammualaikum,

hai semua hehe
nak cerita apa kisah yg berlaku harini.
aku keluar pukul 8pm tadi, ok first destination kitorg nak g adalah red card cafe. 
sampai2 tutup, haha ok fine!
then kitrog gerak g kedai kat seksyen 7, ni aku lupa nama kedai apa sbb ni org lain yg suggest.
Sampai situ pun, kedai pun tutup.
Huwaaaaaaaaaa sumpah sedih.
1 jam berlalu mcm tu jaa.
Then taktau nak decide nak makan kat mana.
Memasing nak makan western tp kedai nak g tutup plak 
then kitorg un xtau nak g mana. hahahaha
Siap search lg kedai mana yg best makanan western.
Then kitorg decide nak g satu kedai makan ni kat entah kat mana n nama kedai apa sbb aku dah malas nak amek tahu.
lol jauh betul perjalanan nak g makan pun.
sampai sana, fuhh nasib baik tak tutup.
TAPI tunggu makanan pny lama. Dalam 45 minit gk laa
Aduhai malang betul
dah dpt tu makanan pun tak berapa nak sedap nasib baik harga ok
aduhh menyesal aku tak tgk kedai tu buka ke tak
padahal aku teringin gila nak mkn kt red card cafe tu
huwaaa cake dia sedap
makanan dia mostly sedap
tuptup sampai tutup plak
punah harapan sobs
lain kali kalau nak keluar makan  tgk dulu kedai tu buka ke tak & tutup bila. 
#moralofthestory
aku mmg jenis yg tak kisah mkn kt mana pun tp kalau dah byk kali sgt kecewa tu rasa sakit hati gk laa hahaha
aku suka try n error dkt memana kedai, kalau sedap boleh recommend kt org lain or dtg lagi
kalau tak, first n last la cita diaa.
Tp mostly aku selalu g kedai yg di recommend oleh org, baru rasa puas ( kalau makan mahal sikit lah )
dah mcm food hunting dah tadi tu padahal memasing ada hal nak kena settle mlm ni.
sekali sekala takpa kot nak makan mahal sikit haha lagipun nak puasa ni
pasni nak cari durian plak
wehuuuu tak sabar nak balik!

Tuesday, May 24, 2016

Homestay di Parit Buntar

Assalammualaikum,

kali ni aku nak letak iklan psl homestay mama aku.
Mama dah byk kali suruh aku bt blog utk homestay dia tp smp skrg aku tak bt hehe
Aku hrp sesapa yg cari homestay area Parit Buntar dan yg sama waktu dgnnya, jumpa lah entry ni.
Sesapa yg terbaca pun, boleh recommend dkt org sekeliling hahaha




Location:
Lot-2811A, Jalan Bahru,
Tanah Kebun,
34200 Parit Buntar,Perak.

Bayaran
RM200 SEMALAM

Kemudahan:




Ni bahagian ruang tamu. Boleh tidur ramai2 kat sini, kami ada sediakan tilam,toto dan bantal lebih 
( don't worry)


Bilik bahagian depan


Bilik tengah ( ada aircond )



Bilik belakang


Ohh haa, tandas ada dua. Sorry tak snap plak gmbr tandas huhu
1. Antara bilik depan dgn bilik tgh 
2. Di belakang


Bahagian dapur



 For more details, 
Contact: 019-5556308 (Pn.NorHayati Abu Bakar)


Cepatttt booked tarikh anda sebelum terlambat!
Anda pasti tak akan kecewa dgn servis Pn Yatie ni, murah pun murah.
Korang nak sumbat satu bus pun, kami tetap charge rm200 semalam.
p/s: kumpulkan sampah anda sebelum keluar dan jaga semua barang yg telah disediakan kepada anda :)


Monday, May 23, 2016

IV di UKM Part 2

Assalammualaikum,

Tak lama lepas tu, candidate lagi sorg dtg.
So ada akak ni jemput kami masuk ke bilik temuduga.
Memula mmg nervous tp setelah mcm2 rintangan aku hadapi masa otw nak ke ukm, aku dah tak rasa apa2. hahaha
Padahal seminggu sebelum iv pun dah terasa nervousnya.
ok, masuk je bilik tu aku tgk muka2 penemuduga kitorg ni mcm ok.
Ada 3 org, 2 org perempuan sorg lelaki.
Soalan yg ditanya: 

1) Perkenalkan diri anda - In english
2) Apakah bidang pekerjaan yg anda akan ceburi setelah grad nanti?
3) Isu semasa - Pelajar sering membuat luahan tentang pensyarah dll di facebook. Pada pendapat anda, adakah facebook memberi kebaikan atau keburukan kepada kita?

Haa inilah soalan yg ditanya. Kira ok la aku dpt soklan2 ni.
Aku pnh tny kwn2 aku yg lain, diorg pny soklan isu semasa agak mencabar. huhu
Tak silap aku, aku ada bergambar dgn candidates yg lain.
Jap ! aku nak geledah album balik.


Tadaaaaa, ini dia. Hahaha
Tp nama diorg aku dah tak ingat hahaha
Rasanya dedua lepasan matrik.
Dari matrik mana aku ada tny tp aku lupa jgk.
Tp diorg tak masuk sini.
Diorang dpt tawaran yg lebih baik.
Goodluck for your future 

Thursday, May 19, 2016

PELUANG

Assalammualaikum,

sedar tak sedar dah nak habis sem 2.
bila pk balik brp byk preparation dah aku bt utk final ni?
haihh hny mampu mengeluh setakat ni.
byk benda tak settle lagi.
Aku dah la ada satu subjek citra ni dari awal sem 2 tak pnh ada kelas.
Diam membisu betul.
Aku risau markah final nanti je.
Ok back to our topic,
kalau diberi peluang, mmg aku nak tebus balik kesilapan masa lalu aku dulu.
ok first, aku nak tebus kesalahan aku dgn arwah abah.
Aku nak luangkan lebih byk masa dgn dia.
Nak share story dgn dia, nak memahami dia dgn lebih mendalam.
Ketika tu, usia aku terlalu muda utk menilai, aku terlalu mentah utk membt keputusan.
Skrg yg aku boleh bt ialah bykkan berdoa.
Moga abah tenang di sana.
Kedua, dulu aku pernah tersalah langkah dan aku berharap sgt yg aku dpt undur masa.
Benda tu mmg effect sgt masa depan aku.
Betul lah org tua2 ckp bila bt sesuatu benda tu pk kesan dia, jgn main ikut sedap hati semata-mata.
Aku hrp kanak2 zaman skrg jgnlah membuat sesuatu yg boleh rosakkan masa depan.
Mungkin kau tak rasa kesan tu masa tu tp salah tetap salah.
Hukuman tetap hukuman.
kau tak kena masa tu, kau kena nanti.
Masa tu kau menyesal pun tak guna :(
Dekat adik aku sendiri pun memcm aku pesan supaya apa yg aku rasa tak kena dgn diri aku n apa yg aku penah bt salah, adik tak ulang dan dia akan jd lebih baik drpd aku.
Setiap bdk2 yg aku terserempak or jumpa pun aku selitkan doa dlm hati supaya mereka menjadi anak yg baik. Bg aku hubungan dgn parents sgt penting!!!!
Ketiga, kekadang peluang tu ada tp aku xnmpk.
Aku tak manfaatkan peluang yg dtg.
Nampak tak aku sia-siakan peluang aku sendiri?
Then skrg aku berharap pulak nak peluang lagi, xdpt dah la kot.
So jgnlah ulangi kesilapan yg sama dan bertaubatlah sebelum terlambat
#pesanan utk diri sendri#

Monday, May 16, 2016

IV di UKM

Assalammualaikum,

Harini nak sembang psl kwn lah. Huhuhu
Aku jenis yg ok ja nak kwn dgn sesiapa selagi org tu pun ok dgn aku.
Bila aku berada di zon yg aku xkenal sesiapa masa tu, aku try to communicate dgn org sblh ke org yg mcm tgh lonely masa tu ke.
Mcm pegi iv ukm dulu, aku mmg xda geng langsung.
Dan aku pegi sendiri sbb parents aku takboleh cuti. 
Smp ja kt ktm ukm, aku mcm lost hahaha
Aku igtkan boleh jln kaki ja pegi ukm tu, sekali tgk bayang pun xnmpk. 
Xnmpk pun mcm ada U berdekatan situ. 
Dlm fikiran aku, hah sudah. Aku nak pegi dgn apa ni. Mana plak nak cari ukm ni.
Tetiba nampak teksi baru dtg, haaa nasib baik ada teksi. Aku tny dia ukm jauh tak dari sini.
Dia kata takda la jauh sgt kalau naik kereta tp jauh kalau jln kaki.
Aku pun xpk panjang, minx uncle tu hantar aku ke FEP.
Smp ja FEP, rasa dilema sekali lagi hahaha
Krik krik sorang sorang.
Aku pun beratur jela, line beratur masa tu pny lah panjang.
Dah bosan sgt beratur, aku rasa mcm nak berckp dgn org. Aku pun tegur org belakang aku.
Aku tny dia betulke borg aku dah lengkap dah ni, sijil apa ja dia bwk etc 
Lama2 tu boleh la get along dgn dia. Masa aku dh dpt no giliran aku, aku terus blah ke tmpt iv. Tak sempat pun nak ucap goodluck ke apa kt kwn baru aku tu.
Masa kt ruang menunggu tu, tak sangka dia akan satu group dgn aku masa iv nnt.
Kitorg sembang kjp sambil tunggu lg sorang candidate.
To be continue ~

PUTUS

Assalammualaikum,

tajuk kali ni mmg kena dgn jiwa aku.
Tp aku pny perasaan skrg miserable habis.
Putus asa, putus harapan n putus mcm2 lagi laa.
Tp aku jenis tak tunjuk, boleh kawal lagi haa.
Aku try taknak campur masalah peribadi dgn life aku kt uni.
Bila ada mslh ni aku kalau boleh xnk serabutkan kepala yg mmg serabut ni.
So aku kena serikan hari2 aku dgn positive vibes.
Hari2 mst kena contact mama.
Wajib!
Mama is my everything.
Sakit mama, sakit aku juga.
Gembira mama, kebahagian aku juga.
Aku kekal tabah disbbkan mama ada disisi. 
Mama sentiasa sokong aku no matter what.
Mama stillkan husnuzon even benda tu terang2 bt kita.
Haihhh
Moga Allah lindungi kita semua.

People will care when ...........

Assalammualaikum,

hai korang igt lagi tak post yg aku ckp aku nak cerita psl 2mei tu?
Maybe aku terpaksa tangguh dulu cerita tuu. Aku xda mood pulak nak cerita psl tu.
So aku nak bt luahan sikit since skrg mood tgh down.
Nowadays, org pandang rupa ja semata mata.
Bila org cantik bt salah, org tak pernah kisah dan org tak pernah nampak pun.
In facts, saja bt2 tak nampak.
Bila org cantik minta apa-apa, sng je dapat. Kenyit mata sikit dah dapat.
Cuba org mcm aku ni, menangis air mata darah pun xdapat jgk.
Ini bkn isu jealous or what, tp be fair la kot. 
Obviously, kau memilih. Org lain pun ada hati.
Bila aku minta tolong, mcm2 alasan aku dpt. Aku dah lama perhati padahal apa yg aku minta tolong tu sama ja mcm apa org tu minta cuma aku ni tak dilayan pun.
Zaman skrg ni, kalau kau tak cantik/handsome, org takkan nampak kau.
Aku pnh ja kena hina tp aku telan jaa. Bg aku, as long as kau tak libatkan parents aku, aku boleh telan lagi.
Tp aku ada tahap dia jgk, bila kau dihina bertalu talu. Dlm sehari 3 org yg berbeza hentam kau.
Baru kena hina, then baru nak pulihkan balik semangat pastu kena lagi. Kau rasa?
Aku pun ada hati, aku pun ada perasaan.
Masa kena tu, jawapan aku cuma satu : aah, tulaa.
Kau tak pk betapa remuknya hati aku ni.
Betapa keciknya hati aku ni.
Tp aku telan.
Aku try tak tunjuk yg aku kesah bila kau hina aku tu.
aku down sgt sebenarnya.
Dihentam bertalu talu tanpa kau diberi peluang utk bgn dulu.
Aku cuba nak pertahankan diri aku, tp ada org akan kisah ke?
Siapa je aku ni?
NOTHING.
I'AM NOTHING TO YOU.
Aku bkn nak simpati daripada sesiapa tp ples be fair.
dan lagi satu aku nak pesan, tolong dgr penjelasan kedua pihak.
Jgn kau dgr pihak kiri, terus kau judge pihak kanan.
That's all. 
Moga Allah ampuni dosa kita ~


CARUT

Assalammualaikum,

ok tajuk ni mmg agak panas. Aku bukan seorang yg suka mencarut tp aku seorang yg cepat baran.
Kalau rasa mcm melampau sgt mmg keluar habis perkataan yg tak sepatutnya.
Aku takkan sesuka hati carut kau, kalau kau tak cari psl dgn aku dulu.
Kau carut, aku balas. Simple as abc!
Rasanya benda yg paling aku selalu sebut BONGOK jela.
Yg macam advance sikit tu bila tahap marah mmg takleh kawal dah.
Ada tahap aku masih carut dlm hati, ada tahap hny keluar di bibir tp suara xkeluar pun.
Kalau dah tahap kena maki smp muka aku jd merah n bertukar seakan akan hulk tu silalah jauhkan diri daripada aku kalau taknak kena maki jgk.
Istilah maki aku tu, aku tak mencarut perkataan yg kasar2 tu tp kau akan kena marah. hahaha
Act, aku bukan la baik mana tp aku kurang suka bila dgr perempuan mencarut kata2 kesat ni. 
Sebut perkataan mcm sundal, but** , kim** , dll . Rasa mcm biadap sikit la.
Aku sebut jgk kekadang tp bila rasa mmg takleh kawal la sbb terlampau marah.
Mostly aku jumpa manusia yg kalau melatah mesti akan keluar perkataan kesat2 ni.
hahaha
Ada satu hari tu kitorg lepak kt foyer kajai tetiba ada seorang laki ni menjerit, rupanya ada lipas.
Kitorang acah2 mcm nak bagi lipas tu kat dia, sekali dia keluarkan jampi daaa ( sumpah seranah kitorg dan lipas tu sekali )
hahaha 
ramai yg aku jmp yg mcm ni, plg takleh blah bila laki laa.
Habis hilang macho depa tu.
Conclusion dia, agak kurang manis bila mencarut ni. Kekadang akan membt seorg tu terasa hati. 
Even dgn kwn yg kita rapat pun diorg kecil hati apatah org yg kita jarang berkomunikasi.
Dahla jarang bersembang, tetiba kena carut. 
hahahaha


Monday, May 2, 2016

MEI

Assalammualaikum,

alhamdulillah dah masuk bulan mei. Umur pun dah genap 20 tahun.
Permulaannya yg baik untuk bulan ni. 
Mcm2 aku lalui dalam masa dua hari ni iaitu pada 1 dan 2 mei.
Seronok mmg seronok. Tak dinafikan sgt!
Apa yg terjadi?
Hmm akan aku ceritakan pada post akan datang.
Knp? Sbb 2 mei belum tamat lagi mehehehehe
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yg terlibat.
Aku bersyukur sgt dikurniakan kwn2 mcm korang.
Seumur hidup aku, aku tak pernah lalui semua ni.
Tp emosi agak koyak jgk harini.
Biasa la org kata jangan terlalu gembira nanti menangis.
hmm mmg betul pun
Selama ni aku akan sambut dgn keluarga.
Ni first time tanpa keluarga di sisi.
Sedih :(
Tp kwn2 lah yg jd keluarga kedua aku kat sini.
Aku seriously tak sangka yg diorg akan prepare mcm2 utk aku.
Terima kasih sgt2
Inshaa Allah aku akan update psl ni pada post akan datang.
Nanti kannn ;)

HARIMAU

Assalammualaikum,

harini nak ckp psl harimau. In fact, harimau ni one of my fav animals. Sbb apa aku suka harimau? Sbb comel huhu
Bila org tny celah mana dtgnya comelnya harimau tu, aku sendiri un xtau. hahaha


haa comel en? rasa mcm nak peluk2!
Tp sekali dia mengganas hilang teruih comel dia tu. 
Dan sejujurnya ramai yg ckp aku garang mcm harimau.
Aku ngaku mmg aku seorg yg garang. Myb baran ayah aku turun kat aku kot
hahahaha kesian ayah aku plak dipersalahkan.
Kekadang tu aku tak mrh pun tp org selalu igt aku tgh marah. haihh apala nasibku
Diorg jgk selalu ckp muka aku ni garang smp nak tegur pun takut.
alahai, bkn aku mkn org pun mcm harimau ni haa. Garang jaa mcm harimau tp xpnh lg laa aku telan org mehehe


ni bby tiger. Mashaa Allah yg ni lagi lah comel.
Act, one of my wishlist is nak pegang bby tiger.
Nak bagi dia minum susu, peluk dia, belai dia. Ya Allah bestnyaaa!
Ada satu eps dlm running man song jihyo bg minum susu kt bby tiger,
Sejak tu la benda ni masuk dlm wishlist aku selain drpd nak pegang dolphin.
Hopely, one day aku dpt capai impian aku ni.
Tp byk lg impian nak kena kejar, utama yg penting dulu. Jimba2 boleh rancang kemudian.
Moga Allah permudahkan, aminn  

Monday, April 25, 2016

KAMPUNG

Assalammualaikum,

Hai semuaaaaaaaaaa, harini aku nak kenalkan korg dgn atok n tokwan aku.
Tetiba rindu diorg plak.
Td memasing kecoh dlm group kenapa atok tak jwb call.
Mayb tersilent la tuu.
Aku memang rapat dgn diorg sbb masa kecik dulu selalu ddk dkt kampung.
Skrg ni dah belajar jauh, kalau balik cuti je mesti akan melawat diorg kat kampung jgk.
Masa cuti sem ritu, atok n tokwan tak sihat so mama hantar aku suruh jaga diorg.
Katanya mama sibuk kerja so mama hantar wakil.
Byk benda aku belajar drpd atok n tokwan.
Nak tahu knp diorg tak sihat? Sbb maklang bwk diorg ddk kt kl bbrp hari ritu.
Atok n tokwan ni bukan boleh kalau ddk saja, tambah2 kt bandar kl tu. hahaha apa lagi demam terus
Alahai comel betul diorg tu.
Mayb sbb tu diorg masih sihat smp skrg.
Kekadang kesian tgk tokwan kerja berat, padahal duit byk dah.
Tp itulah bila ddk saja demam pulak haa. Kena lah bg jgk bt kerja.
Btw aku belajar masak pun dgn atok. hahaha
Aku igt lg masa aku ddk cuti sem tu, aku masak menu haritu ikan je. Tp tokwan taknak mkn. Dia kata dia nak mkn ayam goreng aduuuui hahahaha ayam pun takda haa masa tu.
Last2 esok tu tokwan beli ayam siap2 suruh masak sbb smlm tu tak dpt makan.
Then aku jeles tgk hubungan diorg. Dah berusia pun masih sweet. 
Aku harap aku pun nanti mcm ni.
Dikurniakan pasangan yg boleh bimbing ke arah yg lebih baik dan hubungan yg smp ke syurga, inshaa Allah aminn.
whoops masuk selingan sikit huhu
Haa, aku belajar apa itu erti kehidupan bila ddk kt kampung.
Mcm2 benda aku bt smp fon tu aku rasa tak penting pun.
Part paling aku suka is pergi dusunnnnnn. Wuhuuuu best gila!
Boleh mkn mcm2 jenis buah, free plak tu. Mehehe
Mmg kalau ddk kmpg tu kalau tak legam tak sah laa.
Nasib tak berkubang kat parit ja lagi, hahaha
Then aku suka mengadu kt tokwan aku teringin aiskrim la, roti la, nanti mesti tokwan belikan. hehe
Selain drpd kacau diorg dating, itulah hobi aku. hohohohoho
Tp mestilah kena bt kerja dulu baru minta mcm2 hahaha
Part takleh blah ada satu haritu, aku tgh cabut rumput tetiba rasa mcm ada benda bergerak kt sebelah.
Rupanya kambing! hahahaha menjerit aku masa tu
Bknnya sekor, dia angkut satu geng rupanya. 
Tuan kambing hujung kambing tu la kot lpskan kambing dia jln2.
Singgah plak rmh tok ni haa, tokwan pun dtg halau kambing2 tu.
hahaha seronok weh ddk kampung!




ni haa tokwan tgh busy halau kambing2 tu hahaha



Tadaaaaa ini dia atok n tokwan aku, comel en? <3

Ujian

Assalammualaikum,

mashaa Allah blog aku dah berhabuk ni.
Sumpah aku lupa gila psl blog ni. Nasib td ada someone mention psl blog.
Fuhh aku lupa bkn psl apa, sbb kolej aku ada kena bt tugasan. Benda ni pun mcm blog so igtkan aku dah update la padahal blom. Takpa masih ada masa kan? hehehe
Ok kita throwback sikit. Knp sir bg tema minggu ni ujian? Sbb haritu kitorg ada labtest.
Tp aku taknak ckp psl ujian ni.
Aku nak ckp psl ujian yg kita hadapi sebagai umatNya.
Siapa ja yg Allah tak uji?
Semua org! Tp setiap manusia ujiannya tak sama.
Kenapa? 
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
Kita juga diuji kerana tanda Allah sygkan kita.
Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Memula mmg kita tak nampak tp at the end kau akan nampak betapa indahnya perancangan Allah ni. 
Kita ni bila diuji sikit, kita dah mengeluh. Rasa mcm kita ni diuji paling berat sekali.
Padahal ramai lg manusia kat luar sana yg diuji lebih berat dan lebih dasyat drpd kita.
Di saat kita impikan sebuah kereta mewah, ada org yg impikan sebuah basikal je.
Di saat kita impikan keluarga yg boleh berikan apa je yg kita nak, ada org yg tiada keluarga.
Di saat kita impikan makanan yg sedap2, ada org yg sdg kebuluran.
Maka, kita kenalah selalu bersyukur.
Bila diuji, igtlah padaNya. Minta semoga Allah beri ketabahan kepada diri dan permudahkan semuannya. Ingat juga yg kita dikelilingi oleh org yg sygkan kita. Kekadang Allah akan hantar seseorg untuk bantu kita. Tp itulah kita selalunya tak nampak semua ni. 
Aku tgh pesan kat diri sendiri sebenarnya ni huhuhu
Moga bermanfaat ~

Monday, April 18, 2016

CUTI

Assalammualaikum,

Ok aku tgh update psl cuti ni padahal aku dah kt ukm pun hahaha
Tak sangka cepat betul masa berlalu.
Rasanya mcm baru smlm start cuti hehe
Btw, masa cuti haritu aku dpt tau laa ada byk kedai makan yg baru buka.
Apa lagii, aku ajak laa family aku p rasa, dengaq kata mcm sedap.


ok ni 1st kedai shell out yg kami try, ni dekat dgn rumah atok n tokwan.
kiranya kat kwsn kampung lahh and dekat dgn laut.
So bahan2 dia mmg fresh wehh dan harga dia SANGAT MURAH!
Skrg aku nak komen psl rasa dia pulak, mashaa ALLAH sedap nak mampos!
Aku taktau la apa rahsia dia smp aku takleh move on dgn rasa dia.
Dia ada 3 perasa, garlic, blackpaper dan tomyam.
So far, tak rasa tomyam lagi. Haritu aku,adk n kakak amek garlic.
Ma ayah abg amek blackpaper. Bagi aku garlic is the best!


Ni pulak kedai kedua shell out yg kami try, yg ni kami pegi sehari sblm aku balik haritu.
Yg kedai memula tu aku pegi weekend seminggu sblm cuti sem.
Aku lari jap balik perak sbb ada hal.
Kedai yg ni bagi aku perasa dia agak kurang even bahan dia byk gilaa.
Bila aku mkn kt kedai ni feel dia kurang sikit hahaha aku xtau knp, pdhl kalau mkn kt kedai lagi satu tu, aku tambah smp 3 mangkuk nasi. Kat kedai ni aku mkn semangkuk je so nmpk la kot yg mana sedap lagi? Maybe sbb air tgn makcik kt kampung tu kot. Kedai yg ni kt bandar rmh aku so masakan org kampung lebih kick kot huhu



huihhh hanagat2 ni mmg syok pekena dessert mcm ni.
Aku dah lama ngidam pavlova so akhirnya dpt jgk, haritu smp 3 slices aku mkn sbb sdp jgkk <3
ice krim yg atas tu, mmg murah. semangkuk rm12 kalau tak silap.
Aku suka sbb byk buah dlm tu nyumss
Aku kalau cuti jarang keluar dgn kwn.
Rasa mcm nak lebihkan masa dgn family since kt U asyik spend time dgn kwn je.
Keluar jgk dgn kwn2 tp jarang lahh.
Masa utk family aku rasa lebih berharga sbb aku mmg kalau boleh nak berkepit je dgn diorg hahahaha
Sejujurnya, aku pantang nmpk mak ayah aku bersiap lawa nanti mesti aku akan tny nak p mana?
nak ikut jgkkkk. Mama selalu dok kata aku suka kacau dia dating dgn ayah.
Alaaaa bkn selalu nak kacau bila aku balik ukm dating la puas2.
Siblings aku yg lain tak mcm aku, diorg lebih suka ddk rmh je.
Aku ni jala haa suka menyibuk tp selalunya aku akan paksa jgk kakak2 aku ikut sekali. mehehe
Kalau aku balik, aku selalu jadi mangsa teman diorg g kenduri.
Tp aku mmg suka pun.
Haihh dah la tuu, makin buat aku rindu rumah plak.
Move on ples! Nak exam ni. Wish us luck <3

Sunday, April 17, 2016

SEDIH

Assalammualaikum,

aku mula menaip tepat pukul 12.00 tengah malam, aku ada lagi 7 jam.
Knp? 7 JAM LAGI NAK BALIK UKM.
aduhaiiiiii mental breakdown betul.
Inilah masalah aku bila dah balik rumah, bila nak balik ukm semula mesti berat betul hati ni.
Sedih nak berpisah dgn ma ayah.
Aku rasa lagi sedih bila tgk ma pun mcm berat nak lepaskan aku balik.
Aku sensitif sikit bila ckp psl ibubapa ni.
Bila lagi sehari aku nak balik, ma mesti akan layan aku istimewa sikit lah huhu
Then bila dah mlm sikit mcm tadi, mst ma bt muka sedih dia tu, huwaaaa aku tak kuat :'(
Entah lahh, bagi aku mama adalah segalanya.
Sakit mama, aku terasa jgk sakit tu sama jgk mcm sedih atau gembira.
Bilik aku dah banjir ni. hukhuk
Dah kebetulan ckp psl parents ni,
aku nak pesan sikit.
Setiap hari jgn lupa doakan ibubapa kita.
Doa jgk supaya kita sentiasa jadi anak yg baik.
Kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan dtg so kita mintak semoga Allah lindungi kita sekeluarga.
Hargailah jasa mereka sementara mereka masih ada ni.
Tak kira lah kita hebat mcm mana pun , keredhaan ibubapa lebih penting.
Tapi sebenarnya bila tgk situasi org lain, kita tak berapa tahu hujung pangkal cerita dia kan?
Knp dia abaikan ibubapa dia? Knp dia derhaka dgn ibubapa dia?
so ada baiknya kita doakan yg baik2 jela. Doakan supaya si anak berubah dan kita juga dihindari dari sikap2 yang tak diingin tu, aminn

Monday, April 11, 2016

PANAS

Assalammualaikum,

Nak tny ni, semua sihat ka? Kalau ya alhamdulillah.
Kalau tak tu, get well soon 😊😊
Act aku nak ckp yg cuaca kt rumah aku panas gilaaa.
Aku igt kt KL lagi panas, rupanya rmh aku panas lagi.
Harini aku puasa, mashaa Allah dugaan dia. Lembik terus haa
Mama selalu pesan bykkan minum air masak kt ukm sana.
Ayah pun selalu ngadu yg mama selalu betul buka aircond skrg. 
Hahahaha mama mmg jenis cepat panas. Byk lemak katanya hahahaha 
Seronok bila ada kt rumah ni. Boleh kacau ma ayah.
Boleh mintak nak mkn itu ini. Boleh ajak g jejln muahahaha
Haritu kami g mkn, then lalu sawah padi.
Ya Allah hijau elok ja sawah tu. Alhamdulillah 
Tp kt kedah masa p pakka haritu agak kering kontang lah.
Harap semua dpt jaga kesihatan! 

Air

Assalammualaikum.

Hai readers, tajuk blog minggu ni air. Nak tahu kenapa? Sbb ukm tgh xda air. 
Ya Allah baru rasa betapa susahnya hidup xda air ni.
Tetiba insaf sekejap, padahal kalau ada air kemain mandi pny lama.
Rasanya ok lagi xda lektrik drpd takda air ni.
Tp aku balik rumah awal. Hari khamis aku dah blah dari ukm muahaha
Kalau aku tau kelas cancel hari khamis tu, aku beli tiket hari rabu. 
So balik ja rumah, mmg mandi puas2 la cita dia.
Hmm nak cerita sikit perangai manusia bila xda air ni.
Dah tahu xda air, tadah la air sendiri. Jgn la smp nak amek air org.
Dah la amek air org, biar kosong plak tu.
Hari apa tah haritu, aku dah lambat ni nak g kelas, aku dgn yakin angkat baldi aku kt bilik basuh baju.
Sekali pny la ringan, sahhhhhh takda air dah ni. Aku tutup baldi aku dgn plastik.
Yakin jala ada air sbb aku xsentuh lg tp sebaliknya pulak.
Time tu aku mmg sumpah seranah dah spa xreti nak refill balik air kalau dah guna.
Sia2 masuk U tp perangai mcm ni.
Org lain penat2 tadah kau sedap ja pakai tanpa rasa bersalah.
Aku pun mandi pakai air dlm botol2 yg aku mmg simpan dlm bilik.
Nasib baik ada jgk air lain, kalau tak mmg aku bedal plak air org lain.
Yalaa dah terdesak kan!
Ok laa byeee 

Monday, April 4, 2016

TAKUT

Assalammualaikum,
ok untuk post ni aku nak share sikit pasal kelemahan aku.
Aku seorang yang takutkan guruh dan kilat. Sgt takutttttttttttttttt!!!
Ada peristiwa yg membuatkan aku takut sgt psl guruh dan kilat ni.
Tambahan pula, kat bangi ni guruh dan kilat dia lain mcm.
Sambung menyambung, panah memanah, seram dia hanya tuhan yg tahu.
Pnh masa sem 1 haritu, kilat n guruh tu dasyat sangat tp rumet aku siap boleh bergayut telefon lagi. 
Wehhhh kau tak rasa papa ka doh? Aku ni walaupun tgh mandi terus lari lintang pukang masuk bilik sbb takut.
Tp kira ok dia berani, atleast ada org yg boleh tenangkan aku. Kalau dedua takut, haa jenuh plak kan?
Tgh aku dok update blog ni, guruh dok berbunyi tu. Tgn ni dah shaking dah haaa.
Taip pun speed dia dah lain mcm hahaha
Hmm aku risau takleh tidur je ni.
Agak2 takleh tidur, aku menyempit dgn rumet aku takpa dak?
hmm bila nmpk ja kilat mesti dah get ready ok japg mesti bunyi guruh. Ready mental siap2 supaya nanti bunyi guruh takda la terkejut sgt. Ready lah mental awal mcm mana pun but still terkejut jgk.
Nak tutup telinga tak berani jgk, last2 jd patung jala tak gerak. 
Ada kisah lagi ni, pnh haritu hujan lebat sgt kat rumah. Ada ayah n aku ja kat rumah.
Jam menunjukkan kul 5 ptg so ayah aku kena amek adik aku kat sekolah.
Aku ni pula was-was nak ikut ke nak stay sbb kebetulan masa tu aku tgh masak so ayah suruh aku ddk rmh jaa.
Tetiba tgh masak ni, guruh bunyi kuat gila entah guruh ke petir tu tp aku pny sudip terpelanting and letrik pun terputus. Aku terus tutup api and lari g duduk kat sofa depan.
Masa tu dah mencurah2 dh air mata, dok tgk kt pintu bila ayah nak balik.
Masa tu mental mmg down habis lahh,peluh mengalir laju sama mcm air mata akuu. 
Bunyi kilat tak henti2, mulut aku pun tak henti istighfar, siap mengucap lagi haa.
Bila bunyi ja pagaq, aku tarik nafas lega sikit. Rasa mcm segala beban n batu yg hempap aku tadi hilang sekelip mata. 
Aku try untuk buang sifat takut aku ni tp still tak berjaya.
But still i will keep trying. inshaa Allah

BUAH

Assalammualaikum,

bertemu lagi kita pada post minggu ini yg bertemakan buah.
Setiap org mesti ada buah kegemaran masing2 kan?

Nak tahu buah kegemaran aku?
Korang rasa?
Jeng jeng jeng
..............
..............
..............
..............

ok ni haa buah kegemaran aku.
Buah durian.
Bagi aku lah kan, manusia yg tk mkn durian adalah manusia paling rugi kt bumi ni.
wehhh tgk la betapa seksinya isi dia tuu. Rasa diaa mashaa Allah tak dapat dikeluarkan dgn kata-kata.
Semua yg berkaitan dgn durian semua aku suka.
Semenjak kebelakangan ni ramai yg tercari2 durian, lama betul nak tunggu musim dia.
Yg ada durian siam kt tepi jln, yg harga mencekik darah tu.
Aku nak share satu cerita, pernah dulu aku melawat satu negara asing.
Bersembanglah dgn seorg lecture mat salleh ni, tup tup dia ckp dia pnh mengajar bbrp tahun kt Malaysia. Tetiba dia mention, " i don't like this one kind of fruit, that have many torns out of it and very smelly" aku pun tersenyum dan bgtau tu buah durian. Tp mmg kebanyakan org putih ni tak brp minat duiran sbb bau dia yg terlampau kuat.
In facts pun, ramai je rakyat Malaysia sendiri tak mkn durian.
Apapun bagi aku durian tetap the best and my whole family really like it <3

Monday, March 28, 2016

Selesai

Assalammualaikum,

alhamdulillah telah selesai program Pesan Abang Kakak Kepada Adik yg berlangsung pada 23.3.2016 hingga 26.3.2016 di SMK Sg Layar, Sg Petani, Kedah.


Ni dia muka2 abg kakak kepada adik2 kita. Hahahaha
Kami bertolak dari UKM dlm kul 11.30 malam (23.3.2016) dan selamat smp di sekolah dlm kul 7.30 pagi. Memula smp tu aku rasa semua org mcm blur2 lagi, hmm maybe baru nak sesuaikan diri kot.
Kitorg igt bebdk sekolah ni mcm tak sporting tp rupanya lari jauh dari sangkaan.
Diorg sgt sporting dan happy go lucky.
Tanpa diorg, program kitorg pasti tak berjaya.
Kat sana pun memasing dpt adik angkat, aku dapat 3 org adik angkat.
Firstly, Syah ikmar ni seorang yg pemalu bila xda geng tp kemain bising bila dgn kekwn. Tp slowly dia makin ok and he says goodbye sblm aku balik haritu.
Secondly, Bashi. Bashi ni sgt friendly. Aku ni sibuk kt blkg takbir smp xsempat nak jmp adk2 or bermesra dgn diorg. Tp bashi ni lain, dia yg cari aku. Dia hantar aku smp aku naik bas. Ya Allah sweetnyaa my sayang ni. 
Adik aku yg terakhir, Nuba. Mashaa Allah dia ni sgt pemalu pulak. Sepatah aku tanya sepatah dia jawab. Aku tny apa dia pny perancangan hidup, dia pny nervous tu mcm aku tny soklan addmaths. Aku boleh nmpk mata dia berair. Myb dia tak biasa lagi. Bila masuk part yg maybe bagi aku dia minat kot barulah dia bercakap mcm peluru. Aku rasa dia pun tak sedar yg dia sendiri ckp sebyk tu. hahaha.
Tak cukup 3 hari masa yg ada nak spend time dgn diorg. Sblm kitorg bertolak balik tu, diorg tahan bas kami. Ya Allah sebak dia hny tuhan yg tahu. Siap buat cheers2 yg kami ajar. 
Hope to see you guys again. Inshaa Allah. Terima kasih bebyk kepada SMK Sg Layar kerana sudi terima kehadiran kami <3

PASRAH

Assalammualaikum,

aduhh harini baru la rasa boleh bernafas sikit. Minggu lepas sumpah busy gila.
So terpaksa lah update blog last minit ni.
Nak dijadikan cerita, ada satu kuiz aku nak kena buat minggu lepas.
Untuk fakulti aku bermula dari hari rabu sampai jumaat. Kebetulan tarikh kitorg kena buat tu kami tgh buat program kat kedah.
Mashaa Allah hanya tuhan yg tahu betapa hati ni tak tenang.
Kejap terpk assignment, kejap terpk kan program kat sana.
Tp sepanjang kt sana mmg tak sempat nak bt apa dah. Phone sendiri un xsempat pegang. 
 Pejam celik pejam celik tgk2 ada lagi 20 minit lagi nak deadline.
Time tu kitorg yg FEP dah kelam kabut tp memasing decide to pasrah jelaaaaaa apa nak jadi.
Internet pun xda time tu, pastu program pun tgh berjln time 20 minit je lagi tinggal.
Fuhhh pastu bila tgk2 balik rupanya aku sorang ja perempuan FEP dlm program tu, yg lain lelaki patut la pun diorang mcm xkesah buat ke tak kuiz tu. hahahaha aku pun dah jadi mcm diorg mashaa Allah. 
Tp ni bkn pasrah pastu menyerah terus. Kami akan cuba jgk bagi surat pelepasan kt lecture even dia pnh mention kalau hal2 melibatkan kolej ke dia xnak terima.
hmm try jelaa. Mana tahu dia ok.
Kalau dia tak terima jgk, maka pasrah itu menyerah lah nampaknyaa sobssss

Monday, March 21, 2016

Lemau

Assalammualaikum,

aku tak faham kenapa sir suka bagi tema yg hambar mcm ni? aku nak taip pun tak semangat. 
Sir mesti bengang baca statement aku ni. hahahaha 
leklek sir, no heart feelings k *kenyit mata sikit*

Lemau? Sepanjang minggu lepas mmg perasaan ni lahh aku rasa.
Nak buat apa pun serba tak kena.
Serabut bukan main lagi. 
Bukan aku sorang ja haa. Tapi satu family.

Tapi makin lama baru kami sedar lemau ni tak ke mana pun.
Kami kena kuatkan semangat. 
Alhamdulillah memasing dah kembali ceria.
Semalam pun aku dapat call, kami terima satu berita gembira.
Syukur alhamdulillah tak terhingga kepada pencipta kita.
Terima kasih kepada semua yg mendoakan kakak saya. 
Keluarga adalah segalanya. 

Eh jap jap, cakap pasal lemau ni aku sekarang tengah makan biskut yg dah lemau. 
Takpa laaa, lapar pny psl kan, aku telan jelaa. 
Rasanya baru je aku beli biskut ni. Aish malang betul nasib
ok laa aku minta diri dulu, skrg tgh sibuk bt persiapan terakhir utk program.
Ni pun aku curi tulang jap nak update blog pny pasal. mehehehe
ok byeeee!

Sunday, March 20, 2016

PAKKA

Assalammualaikum,

Skrg ni aku tgh sibuk dgn program kolej iaitu program Pesan Abang Kakak Kepada Adik ( PAKKA ). Minggu ni merupakan minggu terakhir bagi prepakka. Tetiba rasa sedih pula, rasa nak cepat habis program ni tp sayang nak berpisah dgn diorang. Aku sayangkan persahabatan yg terjalin antara kita. Daripada tak kenal, tak pernah bercakap tuptup boleh bekerjasama dlm satu team.

Kepada ahli PAKKA, kita masih ada tanggungjawab yg belum selesai. Aku hrp kita dpt jayakan program dgn baik. Mana yg kurang kita sama sama perbaiki. Jgn rasa tanggungjwb kita ni as beban. Ikhlaskan hati dan betulkan niat kita inshaa Allah, Allah akan permudahakan urusan kita.



- Gambar ini di ambil dgn OPPO - 

Ni gambar harini, kitorg bt PRE PAKKA 3.
Sejujurnya aku masuk program ni memula tak rapat dgn sesiapa pun. Kira mcm masuk ni tak ikut kwn langsung. Ada yg kenal tp gitu gitu jelaaaaaa. Bila start meeting pun still mcm '' eh betul ke aku nak join program ni? tak have fun langsung sbb xda geng'' Tp bila start perkampungan barulah kenal each other. hahahaha ramai yg sebelum ni pandang dari jauh je, senyum gitu gitu tp skrg bkn main lagi. Kalau ada perut sesapa  yg lapar, ada je yg bising dlm group ajak g mkn. And aku byk belajar benda baru since handle program ni. Sebelum ni tak pnh lagi handle program, tak pnh bentang as ketua post, bt gerak kerja semua ni. So pengalaman yg baik dan keputusan yg sgt tepat bila aku decide to join this program. Moga Allah permudahkan urusan kita. Goodluck my friends <3 Doakan program kami semoga berjalan dgn lancar, aminnnn

Monday, March 14, 2016

Tak Sangka







Assalammualaikum.
ok harini update pakai phone je since ada hal kecemasan tetiba muncul. 
Sedih! Hilang semangat.
Dua dua perasaan tu menguasai diri aku sekarang ni.
Kenapa? Biarlah rahsia huhu
Kekadang tak semua benda kita perlu tunjuk. Aku mungkin nampak mcm tgh bersuka ria tp dlm hati hny tuhan yg tahu betapa kita nak fight dgn perasaan sendiri. Org lain tak tahu tp Allah tahu. 
Mcm skrg ni, bila dilanda masalah rasa mcm nak luahkan melalui penulisan.
Kebetulan pulak aku ada lagi satu post tak bt so aku decide nak luahkan kat sini.
Smlm baru ckp rindu, tuptup harini jmp. Tak sangka kan? Perancangan Allah mmg indah. 
Tp kami bertemu bkn dlm keadaan yg menggembirakan. Masing2 perlukan kekuatan utk kuatkan semangat. Dugaan? hmm bila2 boleh dtg. Semoga diberi ketabahan bt diri ini dan kami sekeluarga.
Readers, doakan kakak saya. Semoga dia pulih seperti sedia kala. Berhati hatilah walau di mana pun anda berada. AND jgn kecam saya konon2 nya kenapa bt sesi luahan dlm blog. Patutnya kena berdoa kat tikar sejadah. Come on babe, Jgn cepat judge org ya? 

Sunday, March 13, 2016

Lesu

Assalammualaikum.

Susahnya kalau berjauhan dgn parents ni kan?
Bila homesick tu datang tetiba, mulalah buat apa pun mesti rasa serba tak kena. Nak buat kerja pun rasa tak bersemangat. 
Bila kesorangan, lagi lah buat kita teringatkan family kat rumah. Family yg sentiasa ada waktu susah senang, jatuh bangun kita. 
Bila rasa lapar dlm bilik, mood nak g cafe tu takda langsung mulalah terbyng masakan mama kat rumah. AUCHHHHH sakitnya tuh disini.
Kalau balik rumah then dah balik ukm semula, aku mesti amek masa seminggu nak stabilkan balik diri lemau, lesu dan tak bermaya ni. Seminggu tu mesti rasa tak bermaya ja, mlm2 rasa nak nangis. Alahai rindu nyaaaaaaa!!!

p/s: hargailah ibu bapa kita sementara meraka masih ada. Semua ibu bapa inginkan yg terbaik utk kita. Baik buruk mereka, mereka tetap ibu bapa kita! 


sincerely,
Nadiah Razak
  

Monday, March 7, 2016

Bluetick

Assalammualaikum. 
Bila kita mention psl bluetick mesti semua org ada pengalaman pahit kan?
Aku tak kisah org nak bluetick chat aku. 
TAPI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kalau bab kerja aku mmg pantang, tambah2 libatkan group. 
Aku tny dlm chat group tapi sorang pun tak respon. KAU RASA?
Honestly, mmg sakit hati bila ingat balik. 
Ini baru nak bincang psl hal2 yg simple, dah mcm ni. Kalau nak bincang assignment, jadi apa tah?
Bila tny awal2 takda sapa pun respon. Bila esok nak kelas, baru terhegeh2 bahagi tugas.
Dah lah lambat pastu tak adil plak tu.
Sorg dpt tugas kemain byk dan sorg lagi hny print sehelai borang.
KAU RASA?
Haihhh tolong lah bagi kerjasama ok. 
Peringatan untuk semua! Kalau kerja tu tak libatkan org lain takpa jgk. 
Contoh mcm update blog, ini atas diri masing2 kan? So decide nak buat last minit ke apa lantak kau laa. 
Tapi kalau libatkan kerja berkumpulan ples bagi kerjasama awal supaya kita boleh siapkan kerja2 yg lain jgk. 
Sekian

Sunday, March 6, 2016

AKU

Aku di KEDAH!

Assalammualaikum semua.
Ok agak teruja nak cerita psl kisah ke Kedah tp spend time dkt sana tak sampai 24 jam pun 😂😂😂
Tujuan kami ke sana utk melawat sekolah yg akan kami bt program pd 23.3.2016 - 26.3.2016 nanti. 
Asalnya aku di inform oleh akk ketua projek yg aku xpyh pegi so tak prepare apa pun lah. Tetiba ptg sabtu tu dpt call dari akk yg sy kena pegi jgk pukul 5 ptg tu. Dia call sy kul 3.30 ptg, masa tu sy tgh amek video utk penutupan prog nanti. So terus balik and packing brg sikit2. 

Kul 5.30 ptg kereta yg kitorg sewa dari pihak UKM smp. Seronok ada org yg drivekan weeehuuuu hahahahahahaha. Terima kasih bebyk kpd pakcik Zul sbb bwk kitorg 😬😬😬
Dalam kul 10.30 mlm kitorg smp Kedah dan kami tidur rmh akk ketua projek ni ( kak yaya ) 
Btw lupa nak ckp kitorg pegi 4 org. Yg plg penting semua perempuan huhu 
Esoknya kul 10pg kami ke sekolah tu (SMK SG LAYAR) dan menjlnkan misi apa yg telah di rancang. Lama jgk kami kt sana, smp kul 2 jgk laa. Habis tu pegi mkn then balik rmh kak yaya dan siap2 utk balik. 3.30 ptg gerak balik, 10 mlm smp UKM. Alhamdulillah kami selamat pergi dan pulang. Smp bilik terus update blog sbb tetiba teringat diri ni tak update lagi. Maaf ya sir *peace*