Assalammualaikum,
mashaa Allah blog aku dah berhabuk ni.
Sumpah aku lupa gila psl blog ni. Nasib td ada someone mention psl blog.
Fuhh aku lupa bkn psl apa, sbb kolej aku ada kena bt tugasan. Benda ni pun mcm blog so igtkan aku dah update la padahal blom. Takpa masih ada masa kan? hehehe
Ok kita throwback sikit. Knp sir bg tema minggu ni ujian? Sbb haritu kitorg ada labtest.
Tp aku taknak ckp psl ujian ni.
Aku nak ckp psl ujian yg kita hadapi sebagai umatNya.
Siapa ja yg Allah tak uji?
Semua org! Tp setiap manusia ujiannya tak sama.
Kenapa?
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
Kita juga diuji kerana tanda Allah sygkan kita.
Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Memula mmg kita tak nampak tp at the end kau akan nampak betapa indahnya perancangan Allah ni.
Kita ni bila diuji sikit, kita dah mengeluh. Rasa mcm kita ni diuji paling berat sekali.
Padahal ramai lg manusia kat luar sana yg diuji lebih berat dan lebih dasyat drpd kita.
Di saat kita impikan sebuah kereta mewah, ada org yg impikan sebuah basikal je.
Di saat kita impikan keluarga yg boleh berikan apa je yg kita nak, ada org yg tiada keluarga.
Di saat kita impikan makanan yg sedap2, ada org yg sdg kebuluran.
Maka, kita kenalah selalu bersyukur.
Bila diuji, igtlah padaNya. Minta semoga Allah beri ketabahan kepada diri dan permudahkan semuannya. Ingat juga yg kita dikelilingi oleh org yg sygkan kita. Kekadang Allah akan hantar seseorg untuk bantu kita. Tp itulah kita selalunya tak nampak semua ni.
Aku tgh pesan kat diri sendiri sebenarnya ni huhuhu
Moga bermanfaat ~
No comments:
Post a Comment